Sunday, February 7, 2010

Nabi Ibrahim Kufur???



Jagalah perkataan kamu terhadap para anbiya. Sesungguhnya perkara2 yg membawa kita kepada kekufuran ada tiga perkara seperti mana yang kita tahu:

1) I'tiqad
2)Perkataan
3)Perbuatan

Perkataan dan perbuatan itu, sekiranya kita buat hanya niat kerana untuk bergurau-guaru dengan syariat Allah, itulah sebenarnya diri kekufuran *(boleh rujuk ke kitab2 yg panjang) :)

Berikut adalah tafsir daripada Tafsir al-Kabir, Imam Fakhrudin ar-Razi pada menafsir ayat di dalam surah al-an'am ayat 76, ayat di mana nabi Ibrahim berkata kepada bintang, bulan dan matahari:


قال هذا ربي -الآية
terjemahannya:
telah berkata(ibrahim) ini tuhanku

klik pada gambar dan zoom untuk paparan lebih jelas


Antara point2 penting hujjah men0lak:

*Perkataan tentang ketuhanan bintang adalah kufur dengan IJMAK. Dan Kufur itu mustahil bagi para anbiya'

*Perkataan Nabi Ibrahim itu adalah menunjukkan kepada Istifham Inkari(استفهام انكاري) dengan maksud: adakah ini kamu katakan tuhan???(bahkan tidak!!!)

Harap kita semua dapat berjaga-jaga di dalam menafsir ayat quran kerana di sana terdapat hadis-mengancam orang yang menafsir al-quran dengan aqalnya sendiri.

di sini ada satu qaidah yang boleh kita kongsi bersama:


الظاهر ليس بالمراد
(perkataan) zohir itu bukan kehendak sebenar(ayat)


maka selepas ini, sekiranya kita terjumpa ayat-ayat yang memberi kesamaran kepada kita seperti ayat-ayat yang merupakan Allah dengan salah satu dengan makna-makna kemanusiaan, rujuk kepada tafsir(bukan terjemahan).


والله أعلم

Sunday, January 31, 2010

Holiday Mencari Kekasih Ilahi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Cuti untuk Sem 1 ini semakin hari semakin sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada diri ini untuk mengetahui dan mengikuti jalan-jalan untuk mendapatkan ilmu yang sebenar dan layak dituntut sebagai seorang penuntut ilmu.

Target saya untuk menziarah beberapa ulamak di irbid ini dan juga di Amman tidak berjaya 100 peratus. Ada sahaja plan-plan saya yang meleset. Tapi alhamdulillah, saya dapat membuat kelas khususi bersama Abu Islam di rumahnya untuk belajar fardu ain. huhu.. ulang balik apa yang pernah belajar Sifat 20 dulu, tetapi cuma lebih daqiq dengan dalil2 dan dengan bahasa arab.

Beza nya kt sini ni berbanding kita ikut kelas ngn guru2 kita di Malaysia, sememangnya arab ni dia amat menghormati tetamunya. Bila kita datang rumahnya nak belajar, bknnya duduk atas lantai, tapi duduk atas sofa, dya bg meja pula, bg syai, bun, qahwah, kek, dan sebagainya... amat berbeza dgn menuntut ilmu di tempat lain

Kawan saya pula ada yang datang dari Mafraq, Universiti Al-Bayt, Muhammad Khomeini. Saya pun bawalah dia pergi ke Zawiyah Alawiyah ad-Darqawiyyah as-Syaziliyyah di Kufryuba, Irbid. haha.. Kebetulan pula Sidi Syeikh Ahmad kenal dengan seorang pensyarah di Kuliyah Syariah Jamiah al-Bayt, Abu Toha kalau saya tak silap.


Muhammad Khomeini di Zawiyyah... terkejut orang arab dengar namanya. hhu..

Selepas si kawan aq ni berkenalan dan ambil wirid am dari Sidi Syeikh, terus Syeikh Ahmad telefon pensyarah tu dan sebut nama kawan saya ni... dye kata, kalau kamu nk dtg lagi sini, tumpang la dr. tu. haha... senang nya hidup di Jordan ni klu byk kenalan2 arab. dah byk dah yang saya dapat drpd berkenalan dengan arab2 ni... cuma saya nk cerita sekarang ni salah satu dari yang banyak2 tu...


Ziarah Syeikh Ismail al-Kurdi


Syeikh Sai'd al-Kurdi رحمه الله

Siapa yang tak kenal Syeikh Sai'd al-Kurdi? klu tny rata2 ahli ilmuwan2, dr.2 Jamiah, mesti mereka mengenali Syekh Sai'd al-kurdi. Orang mula2 membawa dakwah kesufian ke bumi Jordan ini dari dimashq. Saya disini tak pandai lah hendak menceritakan tentang manaqib beliau, dan saya harap pembaca semua dapat mengkaji sendiri dan menggunakan seelok2nya internet itu. Lebih baiknya, search tentang majlis2 ilmu seperti di معهد المعارج للدراسات الاسلامية, Syeikh Ahmad as-Sowi, Syeikh Sai'd Fudah, Syeikh Hazim abu Ghazaleh dan الشيخ يوسف عتوم dan ramai lg ilmuwan2 yang lain.

Saya teringat balik perkataan 'Jordan bumi Ulamak' yang saya baca di web ust Zaharudin. Saya pernah chatting dengan ustaz Zaharudin dan dia melahirkan rasa sedih dia terhadap pelajar di Jordan sekarang yang tidak mementingkan berguru di dalam menuntut ilmu. Saya sedih bila Syeikh2 disini sebut orang2 Malaysia dulu ketika berada di Jordan amat bersungguh2 dalam menuntut ilmu. Saya tanya kepada Syeikh Ismail al-Kurdi, anak kepada Said al-Kurdi menyebut nama Nasri (yang saya baru kenal beberapa hari lepas selepas ustaz Nik Nasri shout di blog saya) yang kuat berguru dengan dr. Nuh Qudoh.

Saya lihat laman web Ustaz Nasri saya dapat tahu beliau ni seorang yang bersungguh dlaam menuntut ilmu. Guru saya juga pernah cakap pada saya dulu bdak2 melayu ni ramai yang rajin dan nasyith mencari ilmu, pakaian mereka berserban dan berjubah. Syeikh Ismail al-Kurdi juga menyebut: "Syari' jamiah tu kalau lalu dulu, memang penuh dengan budak Maliziyyun,"

***

Kembali balik kepada tajuk... zawiyah Syeikh Sai'd alkurdi ade di bandar Sarih, selatan Irbid. dan Zawiyah ini diziarah oleh al-Habib Umar bin hafiz pada Jaulah dakwahnya pada tahun lepas seperti mana yang saya beritahu pada post yang lepas.


Syeikh Ismail al-Kurdi حفظه الله

Syeikh Ismail al-kurdiحفظه الله


Saya membuka topik semasa menziarah Syeikh Ismail bersama dua rakan saya Mujahid dan Muhammad Rodi, denagn menyebut tentang ziarah Habib Umar ini. Kemudian berlaku lah hiwar antara kami. Syeikh menceritakan tentang pengalaman beliau pergi ziarah Dar alMustafa di Hadramout Yaman. Juga beliau menyebut tentang ziarah beliau ke Mekah, berkunjung ke tempat Sayyid Muhammad Alawi almaliki.


al-habib Umar bin Hafidz bin Salim bersama as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki

Kemudian sampai ke saat yang amat menyedihkan apabila beliau menceritakan tentang hari kematian Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Setelah Syeikh Ismail habis memberi khutbah jumaat di Masjid tempat beliau bertuga di Bayt Ras, beliau mendapat mesej bahawa Sayyid Muhammad Alawi telah Intaqil ila Rahmatillah(meninggal dunia). Di irbid ketika itu, siang bertukar gelap dan kereta2 semua membuka lampu. Hujan juga melimpah2 tanpa disangka oleh orang arab pada hari itu. Begitu juga di Abu Dhabi dan Tanah Haram sendiri siang seakan2 bertukar malam... ikuti antara kalam Syeikh yang saya sempat record:

video

Begitulah kisahnya pada 30 Kanun as-thani 2010. Harapan saya untuk ke Amman dan mengikuti pengajian bersama Syeikh Nuh al-Qudoh saya beritahu pada Syeikh Ismail(semoga Allah panjangkan umur beliau dan memberi kesempatan kami berguru dengannya). Syeikh menyebut "tak perlu ke Amman. Mufti tu akan turun ke irbid ni dalam sebulan sekali memberi khutbah jumaat, nnt bila dia datang aq susunkan masa untuk kamu pergi ziarah beliau," ha.. lega la hati saya ni... huhu.. tinggal lagi beberapa ulamak lagi dalam senarai saya ni untuk saya ziarahi, insya Allah dipermudahkan Allah.

akhir kata pada Post saya yang lintang pukang ni, satu beit Syair dari hukama':


ما لَذَّةُ العَيش الا صُحبَةِ الفُقَراءُ#هم السَّلاطين والسادات والأمراء
terjemahan dari saya(klu salah betulkan)
tidaklah lazat hidup melainkan denagn bersuhbah dengan orang2 fakir(disisi tuhannya)#mereka itu adalah sultan2 ketua2 dan pemimpin2


semoga Allah membantu kita untuk lebih mengenaliNya
manfaatkan masa cutimu dan internet mu dan laptopmu dan keberadaan kamu di Jordan secara umum, irbid ini khususnya.

والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب واليه المرجع والمآب

Wednesday, January 13, 2010

Kenali ulama’mu: al Muhaddith al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki al Rembawi رضي الله عنه

kali ni saya nk post ttg penaik* semangat saya dalam menuntut ilmu...
bila saya rasa tidak semangat untuk belajar, saya akan baca artikel ini...
harap dapat kita kongsi bersama...
:)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله


Himmah Menuntut Ilmu
Kenali ulama’mu:
al Muhaddith al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin
al Maliki al Rembawi
رضي الله عنه





Pada 16 September 1974, kampung Chenong dihiasai cahaya bergemerlapan dengan kelahirannya. Hingga ke pekan Rembau bau-bauan wangian berita kelahirannya telah tersebar keseluruh anggota keluarga sanak saudara serta masyarakat setempat. Tiada khabar lebih bermakna dari kelahiran satu-satunya anak lelaki dari 5 orang adik-beradik bagi ayahanda bonda Haji Kamaluddin Mahat dan Hajah Zainab Mahmud, yang diharap akan menjadi tonggak keluarga suatu hari nanti.

Anak kecil ini makin membesar harapan keluarga tak dipersia begitu sahaja. Seawal usia 8 tahun, beliau sudah mula berjinak—jinak dengan majlis-majlis zikir dan sering menghadiri majlis tersebut yang dipimpin oleh Tuan Haji Rasyid bin Syeikh Haji Muhammad Sa’id di kampungnya. Dengan bimbingannya, beliau telah mengambil ijazah daripada gurunya itu hingga pentarbiahan tasawwuf telah sebati dalam darah dagingnya.

Semasa berusia semuda ini juga, beliau telah meminta bapanya menghantar beliau belajar di pondok-pondok pada musim cuti sekolah. Oleh itu, pada musim cuti sekolah, beliau telah dihantar oleh bapanya ke pondok al Nuriyyah Sungai Udang, Melaka, untuk belajar agama dan Bahasa Arab. Sekalipun ketika itu usia beliau masih terlalu muda, beliau telah menunjukkan contoh yang baik sama ada dari aspek kelimuan mahupun akhlak kepada murid-murid lain yang kebanyakannya lebih tua daripadanya.

Aktiviti persekolahan tidak menjejaskan aktiviti keilmuan dan kerohaniannya, malah menjadikan sekolah sebagai tempat untuk mengasah bakat berpidato hingga berjaya meraih Naib Johan Pidato Islam ketika di peringkat menengah. Dua tahun terkemudian pula dihabiskan untuk menuntut di ke Maahad Ahmadi, satu-satunya sekolah Negeri Sembilan yang menyediakan pengajian Thanawi, yang akan melayakkannya ke Universiti al Al Azhar, Mesir.

Merasai ilmu di dada masih belum memadai, lalu beliau berpindah ke Madrasah al Nahdah al Hasanah Kedah untuk lebih mendalami pengajian Agama dan Bahasa Arab dengan guru-guru pondok di sana. Syeikhnya al Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Hj. Tajuddin yang merupakan bekas Pengerusi Ahli Majlis Fatwa Malaysia, amat berbangga dengan pemuda ini, hinggakan surat yang dikirimkannya dari al Azhar dibacakan di khalayak ramai untuk menjadikan beliau roll model bagi pelajar yang lain.

Keberangkatannya ke al Azhar dilakukan sebaik sahaja menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA), iaitu ketika berumur 19 tahun. Adat ulama’ salaf meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu adalah lumrah daie dalam menyempurnakan misi hidupnya. Kata Ibnu al Wardi:

حبّك الأوطان عجز ظاهر ۞ فاغترب تَلْقَ عن الأهل بدل



Keinginanmu tinggal di kampng merupakan suatu kelemahan yang ketara. Oleh itu pergilah merantau mencari ilmu pasti kau temukan ganti dari keluarga yang ditinggalkan.

Ini mengingatkan kita pada kepada perjuangan salafus soleh yang sanggup berkorban, menghadapi kesusahan dan meninggalkan keluarga, harta dan tanah air. Antaranya Saidina Jabir bin Abdullah yang bermusafir selama sebulan untuk menemui Abdullah bin Unais semata-mata untuk meriwayatkan satu hadih daripadanya.

Semangatnya semakin berkobar-kobar selari usia mudanya. Walaupun begitu beliau, tidak seperti anak muda lain, tidak sedikitpun waktunya dibazirkan pada perkara-perkara yang melalaikan dan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan menuntut ilmu seperti berniaga, hiburan yang melampau dan sebagainya.


Beliau sibuk bertungkus-lumus memenuhi hidupnya dengan ilmu dan amalan rohani. Lantaran cemburukan ketinggian ilmu ulama’ lampau yang terkenal dengan kepakaran dan keilmuannya yang tinggi, beliau berhasrat untuk menjejaki cara-cara mereka dalam pembelajaran iaitu antaranya dengan bertalaqqi. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, itulah rutin pengajian beliau bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

Katanya : "Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid," kata pemuda yang yang amat memuliakan kesemua gurunya."

Walaupun tidak melazimi pengkuliahan al Azhar, tetapi kerana kepercayaan orangg ramai terhadap ilmunya, beliau telah diminta untuk membuka tusyein bagi para pelajar walaupun berlainan kursus darinya.

Beliau amat mencintai dan menyayangi guru-gurunya, seperti itu juga para Syeikhnya juga menyayanginya. Kata beliau lagi: "Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ."

Begitulah keakraban yang amat jelas dipaparkan, hasil kasih sayang antara dua insan murid dan guru yang menatijahkan keberkatan dan kefahaman yang sohih tentang ilmu.

Antara guru-gurunya رضي الله عنهم di Mesir ialah:

Syeikh Abdul Ghani al Jaafari, Syeikh Toriqat Ahmadiah Jaafariah



- Syeikh Abdullah al Syura. Kitab yang dipelajari Tuhfatul Murid a’la Jauharah al Tauhid, Syarh Ibn Aqil dan Kifayatul Mukhtar.
- Syeikh Mahmud al Adawi, Imam Besar Masjid Syeikhah Sobah di Tonto. Kitab yang dipelajari Iqaz al Himam fo Syarh Hikam, Qalyubi wa al Humairah Hawi lil Fatawa dll.
- Syeikh Dr Ali Juma’ah, Mufti Mesir. Kitab yang dipelajari Sohih Muslim dan Jam’u al Jawami’
- Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al Ja’fari. Beliau telah mengijazahkan pemuda ini Tariqat al Ja'fariah al Ahmadiah al Muhammadiah dan sanad ayahandanya Imam Besar Masjid al Azhar Syeikh Soleh bin Muhammad al Ja’fari.

Seperti mana yang kita sedia maklum al Azhar adalah lubuk para ilmu dan pengetahuan, destinasi terakhir orang yang dahagakan makrifat, dimana lahir daripada barisan ulama; selaku kader-kader untuk membenteng agama Allah ini dari serangan musuh. Walau bagaimanpun sifat ingin tahunya meronta-ronta memujuk untuk terbang ke tanah Hijaz untuk menuntut ilmu terus dari guru utamanya serta murabbinya kini dan selama-lamanya al Mufassir al Muhaddith al Allamah al Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki.



Biarlah pasangan kekasih ini menceritakan detik-detik indah, dua pandangan mata bertemu, lalu terputiklah cinta…


(di Madrasah al Taufiqiah al Husainiah, Kg Chenong,
Chengkau, Rembau N. Sembilan. 2003M)

"Pertemuan pertama saya dengan beliau ialah ketika saya berada di bawah pentarbiahan Syeikh Abdul Ghani Soleh al Ja’fari. Ketika itu saya menghadiri majlis hadarah (bacaan qasidah dan nasyid memuji Allah dan Rasul) yang diadakan di Dirasat Kaherah, Mesir. Ketika bacaan madih (nasyid memuji Allah dan Rasul) dialunkan, semua orang bingkas bangun. Bacaan madih diberhentikan dan ditukar dengan bacaan madih ‘‘Ahlan wa Sahlan binnabiyy,’’ seolah-olah ada orang besar dan hebat hadir dalam majlis tersebut.

Tiba-tiba saya melihat seorang yang begitu hebat dan bercahaya wajahnya, masik ke dalam majlis tersebut. Beliau disambut dengan penug penghormatan oleh semua hadirin. Kemudian Syeikh Abdul Ghani memperkenalkan bahawa beliau ialah Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki رضي الله عنه , seorang ulama’ dan imam besar dari Hijaz.

Semenjak hari bersejarah dan besar maknanya itu, perasaan kasih kepadanya mula tertanam di dalam hati ini dan dari hari ke hari hati saya meruntun untuk bertemu dengannya lagi. Malah setiap kali saya pergi mengerjakan umrah, saya tidak sesekali melepaskan peluang menziarahi beliau di rumahnya di Rusaifah, Mekah."



Setiap kali ke Mekah al Mukarramah majlis Sayyid Muhammad adalah tujuan yang utama selepas menunaikan umrah. Bagi pemuda ini, adalah menjadi suatu kenikmatan apabila dapat bersama para ulama, apatah lagi apabila mereka menuturkan mutiara hadith-hadith Nabawi serta menyulaminya dengan syarahan dengan gubahan makna yang indah dan mendalam.

Diantara kitab yang dipelajari dari Muhaddith Tanah Haram ini ialah Sohih Bukhari, Sunan Abu Daud, Tafsir Ibnu Kathir, Zad al Maad, Fath al Mughith dan al Nasoih al Diniyah.

Merasai dirinya terlalu kerdil apabila bersama dengan salah satu kebesaran Allah ini- ulama’ rabbani, dihati kecil beliau berdoa dengan yakin agar dapat dikumpulkan dengan Sayyid Muhammad lebih rapat lagi.

Sabda Rasulullah: صلى الله عليه وآله وسلم
تهادوا وتحابوا

Ertinya: sentiasalah bertukar-tukar hadiah maka kamu akan saling kasih mengasihi.

Atas dasar inilah akhirnya pada tarikh 15 Syawal 1423 Hijrah, dengan taufiq dan nikmat Allah, al Muhaddith Sayyid Muhammad telah menjejakkan kakinya yang mulia di Madrasah al Taufiqiah al Husainiah, Rembau, Negeri Sembilan.

Buat kali pertamanya, beliau tidak segan silu duduk bersama-sama kami orang kebanyakan a'jam, melupakan darjat dan ketinggiannya sebagai seorang alim dari Mekah yang berketurunan Saidina Hasan, duduk memberikan seribu satu ilmu dan hikmah.

Dalam majlis yang amat meriah dan barakah itu, dengan penuh kasih sayang beliau telah berkenan menyambungkan sanad keilmuannya yang berantaian dengan penghulu-penghulu ahli ilmu, dengan mengijazahkan semua hadirin ijazah beliau serta Hadith Musalsal bi al Awwaliyat, Hadith Musalsal bil Mahabbah dan talqin zikir serta mengijazahkan Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah.

Alam makin disinari cahaya, walau siang dah lama menutup tirainya. Pada ketika itu juga Sayyid Muhammad telah menganugerahkan khirqah kepada pemuda ini. Dengan ini termeterinya ikatan antara dua kekasih , terutama selepas Abuya (ayahanda) Sayyid Muhammad telah menggelarkan Ustaz Muhammad Fuad dengan nisbah keluarganya ‘al Maliki.’ Sesungguhnya tiadalah keseronokan dan kenikmatan yang lebih tertinggi daripada dapat bersama para ulama’ dan solihin رضي الله عنهم . Berkata al Arif Billah Syeikh Abu Madyan al Gauthi :

ما لذة العيش ٳلا صحبة الفقراء ۞ هم السلاطين والسادت والأمراء

Ertinya; tiadalah kelazatan hidup di dunia ini melainkan dengan bertemu,bersahabat dan mengambil manfaat dari al fuqara' (iaitu ulama yang kenal Allah), merekalah (pada hakikatnya) sultan-sultan, penghulu-penghulu dan pemerintah-pemerintah.


Begitulah kehidupan pemuda ini saban waktu dan hari hidup dengan azam dan suntikan yang baru, hasil rembesan lautan ilmu dan berkat guru-gurunya terutama Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki. Ketika ini ku terimbau kata-katanya tentang kesunggguhan menuntut ilmu:



"Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya," katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

Dalam menuntut ilmu beliau pernah mengkhabarkan bagaimana beliau mahu menjadikan Imam Nawawi sebagai idola dalam menuntut ilmu, dimana Imam Nawawi menggunakan seharian waktunya untuk belajar 12 subjek beserta syarah dan kupasan. Hasilnya beliau berjaya juga menuntut sebanyak 6 subjek sehari semalam dengan masyaikh-masyaikh dengan mengunjungi rumah-rumah mereka, tiang-tiang masjid dan sebagainya. Maha suci Allah yang menciptakan insan-insan yang mengorbankan segalanya atas jalan makrifahNya!

Beliau amat mementingkan izzah iaitu penampilan yang kemas. Baginya selaku penuntut ilmu tidak harus bagi mereka untuk menunjukkan rupa yang selekeh pada masyarakat umum, kerana ia bukan sahaja menunjukkan imej yang kurang sihat terhadap individu itu, malah mungkin menjatuhkan maruah agama yang dipegang oleh penuntut tersebut.

Justeru permakaian anak-anak didiknya amat dijaga rapi, bersih, tidak berbau dan sentiasa melazimi kopiah walau dimana berada walaupun berada di tengah bandar. Hal ini tidak lebih tidak kurang sama seperti pentarbiyahan Abuya Sayyid Muhammad al Maliki kepada anak-anaknya.

Sayyid Muhammad seperti mana yang diceritakan oleh Syeikh Fuad sendiri, pada suatu hari telah didatangi oleh anak muridnya di Masjid al Haram untuk belajar darinya, tetapi dengan pakaian yang koyak. Dengan serta merta Abuya mengoyakkan pakaian tersebut seraya berkata :
"kamu berpakaian sebegini seolah-olah untuk meminta kepada orang ramai berilah aku duit."
Selepas itu beliau memberi pelajar tersebut pakaian yang baru.

Berkaitan dengan pakaian lagi, beliau pernah menceritakan perihal dirinya sendiri, antaranya sewaktu di Maahad al Ahmadi, Gemenceh, beliau akan membasuh dua helai pakaian sehari, supaya pakainnya sentiasa bersih dan beliau tak perlu memperuntukkan waktu yang panjang khusus untuk membasuh, kerana sibuk dengan mengulang kaji ilmu .

Mengingati tentang cara beliau menyusun waktu, sesungguhnya ilmu adalah waktunya! Kenapa tidak hatta di dalam tandas sekalipun beliau sanggup membuka kaset al Quran dari luar bilik air, kerena baginya membiarkan watu tersebut tanpa melakukan perkara-perkara keilmuan adalah mensia-siakan satu nikmat Allah! Natijahnya beliau telah menghafaz al Quran, ketika masih menuntut di Maahad al Ahmadi lagi.

Beliau menegaskan tidak harus bagi anak-anak muridnya yang dianggap seperti anaknya sendiri, bersuka ria sewaktu orang lain bersuka ria, serta tidak sepatutnya anak muridnya leka ketika orang lain leka. Sesungguhnya bagi penuntut ilmu kerja-kerja dan homework yang banyak. Mereka perlu menghafaz al Quran, hadith-hadith Nabi, matan-matan ilmu serta permasalahan ulama dan lain-lain ilmu. Oleh itu beliau amat tidak bersetuju jika ada dikalangan anak muridnya yang bercinta atau bekerja ketika menuntut ilmu kerana ia akan mengganggu perjalanan seorang penuntut, jika di benar-benar mahu menjadi alim yang sejati.

Beliau ada menceritakan kaedahnya mengingati atau mengulang kaji ilmu. Katanya antara cara terbaik mengingati dan mengukuhkannya dihati ialah dengan mengamalkan muhasabah. Caranya ialah dengan membayangkan sebelum tidur setiap lembaran-lembaran kitab atau al Quran, lalu dibaca dengan hati.

Penutup
Inilah secara ringkas yang amat sangat, tentang realiti kehidupan al Daie ila Allah Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, berkaitan semangatnya dalam menuntut ilmu pada kacamata hamba yang dhaif ini. Inilah yang mampu kusampaikan pada waktu yang singkat ini. hakikatnya, hanya yang Esa bisa mengibaratkan ketinggian kemuliaannya, moha Allah merahmatinya. Hakikatnya ada kata yang tak mampu disampaikan lantaran lemahlah diri serta kurangnya ilmu untuk menterjemahkannya ke bahasa lisan, dan janan tetapi memadailah aku katakan bahawa dialah contoh anak yang soleh, pelajar yang cemerlang, guru yang alim, suami yang penyayang, alim yang beramal denagan ilmunya, insan termulia yang patut kau dampingi .

Hari ini beliau ada dihadapan kita, berkata-kata memberikan petunjuk dan nasihat. Justeru rebutlah waktu yang ada perkemaskanlah langkah dan niatmu untuk mendatangi kuliah-kuliahnya, menyusuri denai lautan kitab-kitab tulisannya. Takut-takut, esok siapa tahu qadha Ilahi, jika esok adalah waktunya, tangismu tak berguna apa-apa lagi.

Ingatlah pesan al Arif Billah al Suhrawardi dalam suruhan mengikut ulama’
فتشبهوا ٳن لم تكونوا مثلهم ۞ ٳن التشبه بالكرام فلاح

Serupailah mereka (para ulama dan solihin) walaupun kamu bukanlah dari golongan mereka.
۞ Sesungguhnya dengan menyerupai mereka (dalam berakhlak, menuntut ilmu , berpakaian dan lain-lain) adalah suatu kejayaan dan kemuliaan yang besar disisi Allah!


Moga-moga Allah panjangkan umurmu dalam ketaatan! Cucurilah rahmat ke atasnya dengan sekuas-luas rahmat. Kurniakanlah kami al taufiq dan hidayah untuk mengikutinya yang berjalan diatas manhaj salaf soleh, secara jaga dan bersendirian. Amin Amin!!

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله.

Ehsan: http://lautanahlisunnah.blogspot.com/

Sunday, January 3, 2010

Meniti Perhentian Terakhir-Tayangan Short Film

Meniti Perhentian Terakhir 1


Meniti Perhentian Terakhir 2



haha..
klu ade ape2 kelemahan @ kantoi2 dalam cite ni, diam2 sudah..

credit to: omahbujang crew, subway, Zura(kucing), Masjid Jamiah, Mat'am Abu Mahmud, Banggunan Sa'don Meow, Bayt DQ, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan filem pendek ini.

selamat berhibur

Friday, January 1, 2010

اللهم دلني على من يدلني اليك



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, mungkin sahaja Allah telah memperkenankan doa yang sentias al-faqir baca selepas solat:

اللهم دلني على من يدلني اليك

Ya Allah, engkau tunjukkanlah kepada ku orang yang membawaku untuk mengenalMu,


Ya Allah…

Dengan sedikit usaha yang tidak member bekas ini, Alhamdulillah, Guru saya Syeikh Haji Ahmad Hassan Syahadeh Radaideh telah membalas emel saya dalam bahasa arab yang broken dengan bahasa arab yang salah dan lintang pukang. Emel telah dibalas dengan diberikan no telefon almuhandis al-Hajj Ibrahim al-Miqdadi, dan saya telah menelefon beliau, dan pergi bersama beliau ke Zawiyah Thoriqah Alawiyyah Darqawiyyah Syaziliyyah, di Kafr Yuba, dekat sahaja dengan rumah sewa saya di sini... tapi tumpang kereta orang jugak la.. huh

Al-Faqir telah menerima Wirdul ‘Aam bagi thoriqah ini… Alhamdulillah, dapat zikir dari seorang syeikh, dan insyaallah al-faqir dapat menjaga adab sebagai seorang Muriid dengan Syeikh… amin.. dan bersyukur juga saya, ketika mengpostkn post kali ini sudah empat kali ke Zawiyyah tersebut… Alhamdulillah..

Ada lagi zawiyyah thoriqah yang sama di sekitar irbid ini… Guru kepada Syeikh Ahmad Hassan, berguru dengan Syeikh Ahmad bin Mustofa Alawi. Dari Syeikh Ahmad Alawi berpecah sanad kepada dua khalifah, satu thoriqah yang al-faqir ambil ini dan satu lagi Thoriqah yang diambil oleh ulamak masyhur dari irbid ini, Syeikh Said al-Kurdi(search tentang ulamak ini di google).

Syeikh Ahmad bin Mustofa al-Alawi

Zawiyah Syeikh Said al-kurdi terdapat di Bandar Shorih irbid. Zawiyah beliau diziarahi oleh alhabib Omar bin Hafiz pada tahun 2009insyaallah al-faqir tidak akan mensia-siakan peluang berada di sini… peluang yang ada mesti digunakan sepenuh-penuhnya… jangan asek tido kt rumah, terutama musim syita’ ni… huh…

Huh…

Sejak dari Malaysia lagi al-faqir dok mencari2 tempat2 yang ada mendirikan majlis2 Tasawwuf dan Tazkiyatun Nafs di Jordan ni… dan itulah wasiat guru2 al-faqir semasa berada di tanah air.

Alhamdulillah, guru dalam tasawwuf telah al-faqir jumpa dan insyaallah selepas ini hajat al-faqir untuk berguru dengan Syeikh Said Fudah diperkenankan Allah… al-faqir juga telah menghantar emel ke aslein.net (forum suffiyah) tentang majlis ilmu bersama Syeikh Said Fudah, juga telah dibalas dengan diberikan al-faqir no tel abu Ghous. Insyaallah dipermudah dalam mencari ilmu Ahli Sunnah Waljammah.

Insyaallah dipermudah..

vedio Syeikh Said Fudah..:









Saturday, December 26, 2009

PUASA BULAN MUHARRAM KHUSUSNYA HARI TASU'A & 'ASYURA


بسم الله الرحمن الرحيم

صيام شهر المحرم وخصوصا يوم التاسوعاء والعاشوراء
(9 -10 محوم) الأحاديث النبوية الشريفة عن ذالك وفضله
PUASA BULAN MUHARRAM KHUSUSNYA HARI TASU'A & 'ASYURA

iaitu pada 9 & 10 MUHARRAM (Sabtu 26 & ahad 27 dis).
Sabda Nabi berkaitan fadhilatnya :

{1}
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم ، وأفضل الصلاة بعدالفريضة صلاة الليل...رواه مسلم
"sebaik-baik puasa setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari" ... riwayat Imam Muslim

{2}
قال ابن عباس رضي الله عنهما : مارأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم : يوم عاشوراء ، وهذا الشهر ، يعني شهر رمضان ... متفق عليه
Kata Ibnu Abbas ra : tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini : iaitu HARI 'ASYURA' (10 Muharram) , dan bulan ini iaitu Bulan Ramadhan ... (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

{3}
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع"...رواه مسلم
daripada Ibnu Abbas ra berkata: ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari 'Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! sesungguhnya hari ini ('Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. maka Baginda bersabda : "sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram)"... (Riwayat Imam Muslim)

{4}
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء ؟ . فقال صلى الله عليه وسلم :" يكفر السنة الماضية "...رواه مسلم
daripada Abu Qatadah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh ditanya tentang berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) ? . Baginda menjawab : akan dapat menampun kan dosa setahun yang lalu . " ... (riwayat Imam Muslim)

SAMA-SAMA LAH KITA BERPUASA KERANA IA ADALAH SUNAT MUAKKAD (SANGAT DITUNTUT) , JUGA SEBAGAI ZAKAT BADAN DAN MENAMBAHKAN KESIHATAN

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم "...رواه ابن ماجه
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh bersabda : "Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri , dan zakat badan kita ini adalah PUASA " ... (riwayat Imam Ibnu Majah )

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan Rasulullah SAW pernh bersabda : "berpuasalah kamu sekelian , nescaya kamu akan beroleh kesihatan".

sekian . wassalam

Friday, December 25, 2009

Maher Zain



Maher Zain Trivia


+orang lebanon yang pindah dekat sweden mase umur 8 tahun
+ bapak beliau merupakan seorang penyanyi di Timur Tengah
+Terlibat dalam bidang muzik sejak umur 10 tahun
+Ada Bachelors Degree of Aeronautical Engineering.
+pernah jadi produser lagu mase dekat satu syarikat rekoding yang femes dkat sweden!
+Lagu dalam Album 1st die 'Thank You Allah' tu ad sket cerita tentang kisah
hdup die dlu yang tak sbrpa baik sngat seblum ni.
+lagu femes die, InshaAllah, Open Your Eyes, Always Be there, Thank You Allah. etc
+ lagu die sume best banget!



p/s: kepada sesapa yang nk album die boleh download dkat sini.